Eksport produk makanan Malaysia bakal jana RM160 bilion ke China

Eksport produk makanan Malaysia bakal jana RM160 bilion ke China | Berita | JDMAS

Eksport produk makanan Malaysia bakal jana RM160 bilion ke China

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Produk makanan tempatan bakal memperoleh peluang baharu bagi permintaan eksport ke China, dianggar berjumlah RM160 billion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini terutamanya melibatkan produk durian tempatan yang mendapat permintaan tinggi dari negara tembok besar itu.

Dengan populasi 1.4 bilion, China yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, menawarkan potensi eksport yang luas yang sekali gus memperkukuhkan lagi kerjasama dengan platform e-dagang terbesar negara itu, JD.com.

"Saya percaya produk Malaysia mempunyai kualiti untuk menembusi pasaran di China menerusi perkongsian dengan organisasi gergasi seperti JD.com yang peruncit dan syarikat internet terbesar di negara itu,"

"JD juga mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna berdaftar, dan keperluan logistik meliputi 99% daripada China, termasuk lebih daripada 20 gudang," katanya dalam Majlis Pelancaran Kedai Perdana Malaysia JD Fresh Go di ibu negara.

Antara produk utama yang akan dipasarkan di platform berkenaan seperti buah-buahan, makanan laut dan produk makanan sejuk beku tempatan.

 

Source: http://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/32975-eksport-produk-makanan-malaysia-bakal-jana-rm160-bilion-ke-china

Start Cross Border Ecommerce now