JDMas Dipilih Rakan Platform Belanjawan 2021 (Harian Metro)

JDMas Dipilih Rakan Platform Belanjawan 2021 (Harian Metro)

Harian Metro (12hb Julai 2021)

Kuala Lumpur – JDMas Commerce, pengedali stor Malaysia di JD Worldwide dipilih sebagai rakan platform Belanjawan 2021, inisiatif di bawah Kementerian Kewangan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang berkuat kuasa 1 Julai sehingga penghujung 2021.

JDMas dikenal pasti mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk menjalankan transformasi perniagaan melalui perniagaan dalam talian rentas benua perniagaan kepada pengguna (B2C) menerusi platform dan rangkaian JD.com, peruncit secara dalam dan luar talian terbesar di China dan ketiga besar di dunia.

Pengarah Urusan JDMas Commerce Sdn Bhd, Datuk Bruce Lim berkata, perusahan kecil dan sederhana (PKS) juga mempunyai peluang untuk merealisasikan potensi jenama Malaysia kepada lebih satu billion pengguna berdaftar bersama JD di negara China.

Start Cross Border Ecommerce now