JDMas Menyasarkan RMB 10 Juta Dalam Penjualan Untuk Belanjawan 2021 Bersama MOF & MDEC Bagi Menyokong PKS Mikro Melalui Perniagaan Atas Talian Rentas Benua (MOF)

JDMas Menyasarkan RMB 10 Juta Dalam Penjualan Untuk Belanjawan 2021 Bersama MOF & MDEC Bagi Menyokong PKS Mikro Melalui Perniagaan Atas Talian Rentas Benua

MOF - Perbendeharaan (7hb Julai 2021)

Pautan: https://www.mof.gov.my/ms/berita/akhbar/jdmas-menyasarkan-rmb-10-juta-dalam-penjualan-untuk-belanjawan-2021-bersama-mof-mdec-bagi-menyokong-pks-mikro-melalui-perniagaan-atas-talian-rentas-benua

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) – JDMas Commerce, pengendali Stor Perdana Malaysia di JD Worldwide, iaitu sebahagian daripada peruncit terbesar atas talian di negara China telah disenarai pilih sebagai rakan platform Belanjawan 2021, satu inisiatif dibawah Kementerian Kewangan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada 5hb Julai 2021 dan berkuatkuasa daripada 1hb Julai sehingga penghujung tahun 2021.

Belanjawan 2021 ataupun B2021 menampilkan dua inisiatif yang unik untuk menyokong perusahan mikro, kecil dan sederhana (PKS), iaitu Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO). Inisiatif-inisiatif mempunyai objektif untuk membantu perniagaan dan jenama Malaysia untuk menggunapakai perdagangan atas talian (“eCommerce”) sebagai kaedah baru untuk menjalankan perniagaan, di samping meluaskan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa.

Start Cross Border Ecommerce now